Hariri Ditekan Supaya Letak Jawatan: Hizbullah

  • News Code : 865084
  • Source : ABNA24
Brief

Setiausaha Agung Gerakan Hizbullah Lubnan, Syed Hassan Nasrallah pada hari Ahad (5/11) berkata bahawa Perdana Menteri Saad Hariri telah meletakkan jawatan beliau di bawah tekanan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Gerakan Hizbullah Lubnan, Syed Hassan Nasrallah pada hari Ahad (5/11) berkata bahawa Perdana Menteri Saad Hariri telah meletakkan jawatan beliau di bawah tekanan.

Syed Hassan Nasrallah membuat kenyataan itu di dalam ucapan beliau selepas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri mengumumkan peletakkan jawatannya melalui pengumuman yang dibuat oleh beliau sendiri di Arab Saudi pada hari Sabtu.

Hariri memberi alasan bahawa tindakan itu dibuat kerana beliau khuatir dengan keselamatannya. Beliau turut menuduh Hizbullah dan Iran melakukan campur tangan di dalam urusan dalaman negara-negara Arab.

Nasrallah berkata bahawa pengumuman Hariri itu dibuat selepas lawatan berulangnya ke negara Arab Saudi dan menambah bahawa teks yang digunakan oleh Hariri di dalam pengumuman itu secara jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menyediakannnya sendiri. Akan tetapi, menurut Nasrallah, gaya teks tersebut membongkarkan hakikat bahawa ia telah disediakan oleh Arab Saudi sendiri.

Menurut Nasrallah, di sebalik telahan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Hariri meletakkan jawatannya kerana kecewa dengan sesetengah pihak dan perkembangan yang berlaku di Lubnan, punca sebenar peletakkan jawatan itu sebenarnya perlu dicari di Arab Saudi.

Ketua Hizbullah itu berkata bahawa peletakkan jawatan itu mungkin merupakan natijah kepada percakaran kuasa yang sedang berlaku di Riyadh ataupun kerana pentadbiran Arab Saudi tidak berpuas hati dengan prestasi Hariri dan mahu individu yang lain menggantikannya.

Beliau juga menambah dengan mengatakan bahawa terdapat juga kemungkinan bahawa tindakan itu dibuat untuk mengganggu keamanan di Lubnan sebelum melancarkan perang ke atas negara tersebut sepertimana yang mereka lakukan di Yaman.

Dengan merujuk kepada perkara di atas, Nasrallah juga meminta kepada semua pihak di Lubnan untuk bersabar sehingga punca peletakkan jawatan Hariri menjadi jelas.

Selain daripada itu, beliau juga berkata bahawa Hizbullah inginkan kewujudan yang aman di Lubnan dan menasihatkan warga negara itu untuk tidak takut dengan kemungkinan tercetusnya perang baharu di sana.

Ketua gerakan Hizbullah itu turut menyatakan bahawa institusi berkaitan di Lubnan mampu untuk membantu negara itu keluar daripada krisis ini tanpa perlu menyaksikan sebarang bencana.

Beliau juga berkata bahawa satu-satunya sumber yang mendakwa bahawa terdapat plot yang mengancam nyawa Hariri adalah rangkaian berita al-Arabiyah sendiri yang berpusat di Arab Saudi. Menurut beliau, tentera Lubnan sendiri tidak menjumpai sebarang bukti yang menunjukkan kesahihan berita itu.

Nasrallah juga menolak dakwaan bahawa peletakkan jawatan Hariri telah direncanakan oleh Israel dalam rangka melancarkan perang baharu ke atas Lubnan dengan memberi alasan bahawa Tel Aviv akan hanya melancarkan perang berasaskan perkiraan mereka sendiri yang tidak memiliki sebarang hubungan dengan peletakkan jawatan itu.

Di dalam ucapannya yang disiarkan dari Arab Saudi pada hari Sabtu, Hariri mengumumkan peletakan jawatannya dengan memetik beberapa alasan termasuk situasi keselamatan di Lubnan. Hariri mengumumkan peletakan jawatan dalam lawatannya ke Arab Saudi.

Hariri juga berkata bahawa dia merasakan bahawa wujud plot yang sedang dirancang untuk menamatkan hidupnya. Sekutu Arab Saudi itu juga menuduh Iran dan Hizbullah berusaha menyemai persengketaan di dunia Arab, sepertimana yang kerap didakwa oleh A.S, rejim Israel dan rejim al-Saud. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram