Hariri Kena Tahanan Dalam Rumah

  • News Code : 865861
  • Source : Berita Harian
Brief

Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri yang meletak jawatan pada Sabtu lalu, dipercayai dikenakan tahanan rumah di Arab Saudi, sebagai langkah mengawal dan mengehadkan pergerakannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri yang meletak jawatan pada Sabtu lalu, dipercayai dikenakan tahanan rumah di Arab Saudi, sebagai langkah mengawal dan mengehadkan pergerakannya.

Dua pegawai kanan di sini, berkata ia berikutan krisis yang semakin memuncak antara Arab Saudi dan Iran.

Menurut sumber yang rapat dengan sekutu Saad, peletakan jawatan itu dibuat atas arahan Arab Saudi

Parti Politik Gerakan Masa Depan pimpinan Saad dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, berkata kepulangan bekas Perdana Menteri itu amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan pentadbiran di Lubnan.

Pada Sabtu lalu, Saad mengumumkan peletakan jawatannya menerusi televisyen dari Arab Saudi dan tindakannya itu dianggap satu kejutan oleh pembantunya, sekali gus meningkatkan pembabitan Beirut dalam persaingan pengaruh antara Riyadh dan Tehran.

Sementara itu, Arab Saudi menafikan laporan bahawa Saad dikenakan tahanan rumah.

Pada masa sama, Saad belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu dan tidak menolak dakwaan bahawa pergerakannya kini dihadkan. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram