Helikopter Tentera Iraq Bunuh 170 Pengganas Daesh

  • News Code : 846715
  • Source : ABNA24
Brief

Helikopter-helikopter yang dioperasikan oleh tentera Iraq berjaya membunuh sekitar 170 orang anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh di dalam beberapa siri serangan udara yang dilancarkan di wilayah Salahuddin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Helikopter-helikopter yang dioperasikan oleh tentera Iraq berjaya membunuh sekitar 170 orang anggota kumpulan pengganas Takfiri Daesh di dalam beberapa siri serangan udara yang dilancarkan di wilayah Salahuddin.

"Helikopter penyerang tentera Iraq yang bekerjasama dengan Pusat Pemerintah Operasi Salahuddin telah melancarkan serangan udara yang berkesan ke atas kumpulan pengganas Takfiri di kawasan Tasnei' Askari di barat daya Shirqat yang terletak sekitar 280 km di utara ibu kota Baghdad sekaligus menyebabkan 170 pengganas terbunuh," baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Iraq pada hari Ahad.

Di dalam serangan tersebut, sekitar tujuh buah pos kawalan pengganas yang dilengkapi mesingan berat telah dimusnahkan. Sekitar 13 buah kenderaan juga turut musnah.

Pada awal hari yang sama, kumpulan militia rakyat yang turut dikenali sebagai Hashd al-Sha’abi di dalam bahasa tempatan telah berjaya mematahkan sebuah percubaan pengganas untuk memasuki wilayah tersebut. Mereka berjaya membunuh pengganas dan perlatan mereka di dalam proses itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram