'Hentikan Keganasan Di Gaza'

'Hentikan Keganasan Di Gaza'

Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam menggesa agar keganasan di Gaza dihentikan, kata Kremlin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam menggesa agar keganasan di Gaza dihentikan, kata Kremlin.

Gesaan dinyatakan oleh Putin ketika berhubung dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menerusi telefon.

"Kedua-dua pemimpin membincangkan tunjuk perasaan besar-besaran di Palestin dan menyuarakan kebimbangan terhadap jumlah kematian yang tinggi.

"Rusia menekankan kepentingan menolak keganasan dan keperluan menjalankan rundingan produktif berdasarkan beberapa resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," menurut Kremlin.

Terdahulu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, pihaknya tidak boleh menerima tindakan melabel penunjuk perasaan yang dibunuh tentera Israel di sempadan Gaza sebagai pengganas.

"Saya tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa penduduk awam termasuk kanak-kanak dan bayi yang terbunuh dalam insiden ini adalah pengganas," kata Lavrov.

Lebih 60 rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel ketika melakukan bantahan di Sempadan Gaza-Israel Isnin lalu, berikutan perpindahan kedutaan baharu Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.- AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky