Hospital Gaza Gantung Perkhidmatan

Hospital Gaza Gantung Perkhidmatan

Sebuah hospital di Genting Gaza dilapor menghentikan perkhidmatannya selepas ia kehabisan bahan bakar untuk menjana elektrik, di tengah-tengah kekurangan kuasa yang terus memburukkan keadaan kemanusiaan di kawasan Palestin.

Agensi Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah hospital di Genting Gaza dilapor menghentikan perkhidmatannya selepas ia kehabisan bahan bakar untuk menjana elektrik, di tengah-tengah kekurangan kuasa yang terus memburukkan keadaan kemanusiaan di kawasan Palestin.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidre, ramai pesakit di Hospital Beit Hanoun dipindahkan ke hospital atau pusat perubatan lain yang masih mempunyai bekalan kuasa.

"Hospital Beit Hanoun adalah satu-satunya kemudahan kesihatan di bahagian utara Gaza, yang menyediakan pembedahan pediatrik, telinga, hidung dan tekak. Hospital ini memerlukan 500 liter bahan api sehari untuk mengendalikan penjana dan meneruskan perkhidmatan," katanya.

Katanya lagi, kira-kira 60,000 orang yang biasanya dirawat oleh hospital tersebut kini berada dalam keadaan kritikal.

Hospital Beit Hanoun dalam satu kenyataan disiarkan di laman Facebook memaklumkan, semua perkhidmatan kesihatan yang terdapat di hospital itu digantung sementara akibat pemotongan bekalan kuasa dan kekurangan bahan api untuk penjana sandaran hospital.

Hospital tersebut turut memuat naik gambar katil, laluan, wad pediatrik dan bilik pembedahan yang kosong selain memberi amaran kekurangan bahan bakar kronik boleh mengancam nyawa pesakit. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram