IAEA Tolak Dakwaan Netanyahu Ke Atas Iran

IAEA Tolak Dakwaan Netanyahu Ke Atas Iran

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menolak untuk menerima bulat-bulat dakwaan terkini rejim Israel berhubung apa yang dikatakan Tel Aviv sebagai kewujudan gudang nuklear rahsia yang dioperasikan oleh Republik Islam Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menolak untuk menerima bulat-bulat dakwaan terkini rejim Israel berhubung apa yang dikatakan Tel Aviv sebagai kewujudan gudang nuklear rahsia yang dioperasikan oleh Republik Islam Iran.

"Pihak agensi menggunakan seluruh maklumat rahsia yang berada di tangan mereka. Akan tetapi, mereka tidak akan mengutip setiap maklumat tanpa usul periksa," kata Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa ini.

Kenyataan ini adalah yang pertama kali dibuat oleh Pengarah IAEA tersebut selepas ucapan perdana Netanyahu di PBB. Amano walau bagaimanapun tidak membuat membuat sebarang rujukan ke atas dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terhadap Iran ketika mengeluarkan kenyataan di atas,


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky