Iklan Tukang Cuci Wanita Cetus Kontroversi Di Arab Saudi

Iklan Tukang Cuci Wanita Cetus Kontroversi Di Arab Saudi

Satu iklan jawatan kosong mencari tukang cuci wanita mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengguna internet di Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu iklan jawatan kosong mencari tukang cuci wanita mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengguna internet di Arab Saudi.

Portal berita Stepfeed melaporkan akaun Twitter, Mehan Saudi mengiklankan jawatan itu dengan menulis: “Diperlukan: Pekerja pencuci wanita – warganegara/Saudi – tidak perlu pengalaman. Suasana bekerja bercampur (lelaki dan wanita) – gaji 3,500 riyal (RM3,600). Hantarkan CV anda untuk permohonan”.

Iklan itu mencetuskan tindak balas mengejutkan di media sosial yang menganggap jawatan itu tidak sesuai dan mencemuh wanita Saudi.

“Ini satu penghinaan kepada wanita Saudi,” tulis pengguna bernama Majed.

Jawatan itu diiklankan seminggu selepas Ahli Majlis Syura Arab Saudi, Sami Zeidan, menggesa pemerintah membuka peluang pekerjaan kepada orang tempatan dalam sektor yang diisi pekerja asing.

Zeidan membuat seruan itu ketika kerajaan Saudi cuba memilknegarakan beberapa industri Saudi dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat.

Menurut Stepfeed, warga Saudi dan negara-negara Teluk lain teragak-agak dan tidak berhasrat untuk melakukan pekerjaan tertentu, termasuk sebagai tukang cuci dan pelayan.

Namun terdapat warga Saudi mengalu-alukan peluang itu, dengan ada yang menulis: “Saya akan terima kerja sebagai tukang cuci wanita tetapi di mana? Sudah bertahun-tahun saya mencari pekerjaan tetapi tiada panggilan susulan.”


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky