Ikrar Pejuang Muda Palestin

Ikrar Pejuang Muda Palestin

Seorang remaja Palestin yang dihukum penjara lapan bulan setelah menampar tentera Israel, menceritakan detik beliau ditahan dalam satu wawancara bersama saluran berita Presstv.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang remaja Palestin yang dihukum penjara lapan bulan setelah menampar tentera Israel, menceritakan detik beliau ditahan dalam satu wawancara bersama saluran berita Presstv.

Ahed Tamimi, 17, berkata ketika disoal siasat, pihak tentera mengugut akan mencederakan keluarganya jika enggan bekerjasama.

Ahed ditahan 19 Disember lalu selepas rakaman videonya menampar dan menolak dua tentera rejim Zionis ketika menyertai bantahan di Ramallah, Tebing Barat menjadi tular.

Remaja itu dikenakan 12 tuduhan termasuk menghasut, menyerang dan menghalang tugas tentera Israel, namun Mac lalu, hukuman ke atas Ahed diringankan kepada lapan bulan penjara dan denda $1,500 (RM 6,105).

Dibebaskan 29 Julai lalu, Ahed yang menerima jemputan cucu Nelson Mandela ke Afrika Selatan bagi menerima anugerah khas keberanian, berikrar meneruskan penentangan terhadap rejim Zionis.- Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky