Insiden Di Douma Dirancang Oleh Perisikan Britain: Rusia

Insiden Di Douma Dirancang Oleh Perisikan Britain: Rusia

Rusia mengatakan bahawa mereka memiliki bukti yang "tidak boleh disangkal" bahawa serangan kimia yang didakwa berlaku di bandar Douma, Damsyik -yang sebelum ini sebagai alasan untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas negara Arab itu oleh tiga kuasa Barat- merupakan sebuah operasi "bendera palsu" yang dirancang oleh agensi perisikan Britain sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia mengatakan bahawa mereka memiliki bukti yang "tidak boleh disangkal" bahawa serangan kimia yang didakwa berlaku di bandar Douma, Damsyik -yang sebelum ini sebagai alasan untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas negara Arab itu oleh tiga kuasa Barat- merupakan sebuah operasi "bendera palsu" yang dirancang oleh agensi perisikan Britain sendiri.

Wakil Rusia di Organisasi Larangan Penggunaan Senjata Kimia (OPCW), Alexander Shulgin membuat kenyataan tersebut ketika menyertai mesyuarat majlis eksekutif perubuhan itu di The Hague pada hari Isnin.

"Kami bukan sekadar memiliki 'keyakinan yang tinggi'...; kami mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal bahawa tiada sebarang serangan kimia yang berlaku di Douma pada 7 April," kata Shulgin yang turut menggambarkan insiden itu sebagai "operasi bendera palsu yang dirancang sebelum ini oleh perkhidmatan perisikan Britain, yang mungkin juga dibantu oleh sekutu mereka di Washington."

Negara Barat secara tergesa-gesa terus menyalahkan kerajaan Syria berikutan dakwaan insiden yang berlaku di Douma terhadap. Akan tetapi, Damsyik dengan tegas menafikan tuduhan tersebut dan menganggapnya sebagai usaha untuk menghentikan operasi pasukan pro-kerajaan ke atas kumpulan pengganas di bandar itu.

Syria sebelum ini telah menyerahkan kesemua simapanan senjata kimia mereka pada tahun 2013 kepada pasukan penyelia yang diterajui oleh OPCW dan PBB.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram