Iran Akan Bertindak Balas Ke Atas Sebarang Tindakan Yang Salah Di Dalam JCPOA: Khamenei

  • News Code : 854759
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei memberi amaran bahawa Iran akan berdiri teguh di atas prinsip yang "mulia dan bermaruah" berhubung dengan komitmennya terhadap perjanjian nuklear Tehran bersama dengan kumpulan P5 + 1 yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) sambil menambah bahawa negara itu segera bertindak balas terhadap sebarang tindakan yang menyalahi perjanjian tersebut daripada mana-mana pihak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei memberi amaran bahawa Iran akan berdiri teguh di atas prinsip yang "mulia dan bermaruah" berhubung dengan komitmennya terhadap perjanjian nuklear Tehran bersama dengan kumpulan P5 + 1 yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) sambil menambah bahawa negara itu segera bertindak balas terhadap sebarang tindakan yang menyalahi perjanjian tersebut daripada mana-mana pihak.

"Iran berdiri tegas dan sebarang tindakan salah yang dilakukan oleh (negara-negara yang terlibat di dalam) sistem imperialis di JCPOA akan segera disusuli dengam reaksi daripada Republik Islam Iran," kata pemimpin itu pada majlis konvokesyen di akademi polis Iran yang terletak di Tehran pada hari Ahad.

Merujuk kepada tindakan "kurang ajar dan mengaibkan" pegawai-pegawai Amerika berhubung JCPOA, Ayatullah Khamenei berkata, "Mereka memperlihatkan sebuah kejahatan dan sebuah kerosakan berkaitan dengan isu ini setiap hari dan perkara ini membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh Marhum Imam [Khomeini] tentang Amerika Syarikat sebagai Syaitan Besar adalah sesuatu yang benar dan rejim Amerika Syarikat sebenarnya adalah sebuah elemen kejahatan yang paling buruk."

Ayatullah Khamenei turut mengingatkan bahawa negara Iran memulakan program nuklearnya berasaskan keperluan negara itu untuk menjana sekurang-kurangnya 20,000 megawatt kuasa nuklear. Menurut beliau, Amerika Syarikat yang menentang program nuklear Tehran pada dasarnya menentang kemajuan sains negara Iran tanpa memberi perhatian kepada penilaian pakar berhubung keperluan sebenar negara Timur Tengah itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram