Iran Kecam Penutupan Masjid Aqsa Oleh Rejim Israel

  • News Code : 842465
  • Source : ABNA24
Brief

Iran mengecam tindakan rejim Israel yang menutup Masjid al-Aqsa dan menghalang pelaksanaan solat Jumaat di tempat suci itu sambil memberi amaran berkenaan "kesan buruk" yang mungkin timbul daripada tindakan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran mengecam tindakan rejim Israel yang menutup Masjid al-Aqsa dan menghalang pelaksanaan solat Jumaat di tempat suci itu sambil memberi amaran berkenaan "kesan buruk" yang mungkin timbul daripada tindakan itu.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari Sabtu berkata bahawa tindakan rejim Israel itu bertentangan dengan "prinsip asas hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan."

Selain daripada jenayah, tindakan kekerasan dan pencabulan ke atas hak asasi warga Palestin, rejim Israel turut "menyasarkan kebebasan beragama dan hak warga Muslim Palestin dengan tindakan baharu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini sekaligus mencetuskan kesan yang berbahaya," kata Qassemi.

Jurucakap Iran itu turut menekankan perihal pentingnya masjid itu dibuka semula secepat mungkin dan memanggil kesemua negara yang bebas di seluruh dunia untuk mengenakan tekanan ke atas rejim Tel Aviv supaya mereka menghormati hak penduduk awam di kawasan jajahan mereka.

Rejim Israel pada hari Jumaat menutup masjid al-Aqsa selepas insiden tembakan yang berlaku di perkarangan masjid yang terletak di Old City.

Kejadian tembak-menembak yang berlaku di Haram al-Sharif mengakibatkan tiga orang warga Palestin dan dua orang anggota polis rejim terbunuh.

Susulan daripada insiden tersebut, pihak berkuasa rejim menutup masjid tersebut, menahan Syeikh Muhammad Hussein yang merupakan Mufti Besar al-Quds dan membatalkan pelaksanaan solat Jumaat di tempat itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram