Iran Kecam Serangan Pengganas Di Kabul

Iran Kecam Serangan Pengganas Di Kabul

Jurucakap Kementerian Luar Republik Islam Iran Bahram Qassemi mengecam serangan pengganas di pusat pendaftaran pengundi yang terletak di Kabul, Afghanistan sambil menggambarkannya sebagai perbuatan jenayah dan tidak berperikemanusiaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Republik Islam Iran Bahram Qassemi mengecam serangan pengganas di pusat pendaftaran pengundi yang terletak di Kabul, Afghanistan sambil menggambarkannya sebagai perbuatan jenayah dan tidak berperikemanusiaan.

Jurucakap itu turut meluahkan harapan Tehran supaya sebarang bentuk keganasan akan berjaya dihapuskan sehingga ke akar umbi di rantau Timur Tengah dan di seluruh dunia melalui usaha bersama di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa.

Jurucakap Iran itu turut menyampaikan ucapan takziah Tehran kepada kerajaan Kabul dan seluruh warga Afghanistan khususnya keluarga mangsa yang terbunuh di dalam serangan itu.

Sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh dan 119 yang lain dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan bom yang berlaku pada pagi Ahad di pintu masuk pusat pengedaran kad pengenalan dan pusat pendaftaran pengundi di kawasan Dasht-e-Barchi di Kabul.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky