Iran Kritik Kenyataan Memalukan Putera Mahkota Arab Saudi

Iran Kritik Kenyataan Memalukan Putera Mahkota Arab Saudi

Iran mengatakan bahawa dasar terkini Arab Saudi merupakan sebuah "tragedi yang sangat menyedihkan," sambil menekankan bahawa Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman membayar berbilion USD kepada Amerika Syarikat dan rejim Israel dalam rangka memperolehi dokongan Washington dan Tel Aviv.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran mengatakan bahawa dasar terkini Arab Saudi merupakan sebuah "tragedi yang sangat menyedihkan," sambil menekankan bahawa Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman membayar berbilion USD kepada Amerika Syarikat dan rejim Israel dalam rangka memperolehi dokongan Washington dan Tel Aviv.

"Di tengah-tengah perebutan kuasa di kalangan ahli keluarga diraja Arab Saudi, beliau (Bin Salman) telah mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan memalukan. Selain itu, beliau turut membayar berbilion dolar dengan menggunakan wang warga awam negara itu dalam rangka memenangi sokongan Amerika Syarikat dan rejim (Israel) yang menduduki [Baitulmuqaddis]," kata Jurucakap Kementerian Luar Iran Bahram Qassemi pada hari Jumaat.

"Polisi terkini Ara Saudi ini adalah strategi yang sangat menyedihkan kerana negara (ia adalah sebuah) Islam... merendahkan diri mereka di hadapan rejim yang menduduki al-Quds," tambahnya lagi.

Dalam rujukan yang jelas kepada Iran, putera mahkota Saudi baru-baru ini mengatakan bahawa rejim di Arab Saudi dan Israel mempunyai "musuh yang sama" dan mereka dapat menormalkan hubungan mereka sebaik sahaja isu Palestin diselesaikan.

Di dalam sebuah temu bual dengan majalah TIME yang diterbitkan pada hari Khamis lepas, pewaris pertama takhta Arab Saudi bercakap tentang prospek hubungan Riyadh-Tel Aviv dengan menggambarkan bahawa konflik rejim Zionis dengan rakyat Palestin sebagai satu-satunya halangan kepada normalisasi hubungan di antara negara Arab tersebut dengan rejim Israel.

"Kami mempunyai musuh yang sama dan kami memiliki banyak bidang yang berpotensi untuk dijadikan asas kepada kerjasama ekonomi (dengan Tel Aviv," kata putera mahkota tersebut.

Sebagai respon kepada komen-komen tersebut, jurucakap Iran berkata cita-cita putera mahkota Arab Saudi yang tidak mengenal batas itu telah berubah menjadi "penyakit yang kronik dan tidak dapat diubati".

Qassemi menambah dengan mengatakan bahawa putera yang dahagakan kuasa itu telah menutup matanya terhadap "kesemua realiti sejarah dan jenayah tujuh dekad yang dilakukan oleh rejim pembunuh kanak-kanak itu".

Menurut Qassemi, perbuatan Putera Mahkota itu merupakan "tindakan pengkhianatan yang besar dan jelas" terhadap perjuangan Palestin. Bin Salman bercakap mengenai pakatan Riyadh dengan rejim Tel Aviv "tidak sah".

Semasa wawancara dengan Atlantik yang diterbitkan pada 2 April, bin Salman mengiktiraf hak Israel untuk wujud, menekankan bahawa Israel berhak kepada tanah mereka sendiri.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram