Iran Nafi, Kutuk Penipuan Israel

Iran Nafi, Kutuk Penipuan Israel

Iran mengutuk 'penipuan' Israel hari ini dan menegaskan Syria mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan bertindak balas terhadap serangan udara Israel selepas mendakwa dron milik Iran menceroboh wilayahnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran mengutuk 'penipuan' Israel hari ini dan menegaskan Syria mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan bertindak balas terhadap serangan udara Israel selepas mendakwa dron milik Iran menceroboh wilayahnya.

"Iran percaya Syria mempunyai hak untuk mempertahankan diri. Pegawai Israel cuba memperdaya negara lain untuk menutup jenayah mereka di rantau ini," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Ghasemi.

Israel menyerang beberapa sasaran di Syria hari ini, selepas memintas apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan dron Iran ke ruang udaranya dari Syria sambil melabelkannya sebagai 'satu serangan'.

Sebuah jet pejuang Israel terhempas selepas terkena serangan balas pertahanan udara Syria. Ia menyebabkan Israel melancarkan puluhan serangan balas terhadap beberapa sasaran Syria dan Iran di Syria.

Iran mengeluarkan kenyataan bersama sekutu utama lain termasuk rejim Syria, Russia dan kumpulan militan Lubnan Hezbollah menafikan tuduhan membabitkan dron itu.

"Kenyataan negara musuh, Israel bahawa ia mensasarkan dron yang menceroboh ruang udara di tanah jajahannya Palestin adalah tuduhan palsu," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Russia menggesa semua pihak menghentikan tindakan mereka di Syria dan memaklumkan tindakan itu dianggap membahayakan nyawa tentera Russia dengan menyifatkannya sebagai 'langsung tidak boleh diterima'.

"Kami menggesa semua pihak terbabit menghentikan serangan dan mengelak tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan," kata Kementerian Luar Russia dalam kenyataannya hari ini. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky