Iran Paling Pemurah Terhadap Pelarian - PBB

  • News Code : 818202
  • Source : Berita Harian
Brief

Iran diiktiraf sebagai antara negara paling bermurah hati terhadap pelarian, walaupun rakyat negara itu antara yang menjadi sasaran larangan perjalanan dikeluarkan Presiden Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran diiktiraf sebagai antara negara paling bermurah hati terhadap pelarian, walaupun rakyat negara itu antara yang menjadi sasaran larangan perjalanan dikeluarkan Presiden Donald Trump.

"Kepimpinan yang ditunjukkan kerajaan Iran menjadi contoh dalam menerima pelarian dan membiarkan sempadan mereka terbuka. "Ia adalah kisah yang tidak diceritakan secara menyeluruh," kata ketua pasukan Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Sivanka Dhanapala, di Tehran.

Iran melindungi kira-kira sejuta pelarian berdaftar Afghanistan selama hampir empat dekad, dan badan bukan kerajaan menganggarkan ada dua juta lagi yang berada di negara itu. Ia adalah bilangan pelarian keempat paling ramai di dunia, kata PBB.

Pekerja NGO asing menyatakan ironi Iran menjadi sasaran larangan itu ketika ia berterusan berhadapan peningkatan bilangan pelarian yang melarikan diri dari negara dilanda konflik akibat campur tangan Amerika Syarikat.

Dhanapala merujuk arahan pada 2015 dikeluarkan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, yang mengarahkan sekolah menerima semua pelajar Afghanistan, sama ada memiliki dokumen atau tidak. Berikutan arahan itu, kerajaan terpaksa menambah15,000 bilik darjah baru. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram