Iran Uji Sistem S-300 Dari Rusia

  • News Code : 815630
  • Source : ABNA24
Brief

Iran dilaporkan berjaya menguji sistem perluru berpandu darat ke udara buatan Rusia, S-300 yang dibeli oleh Republik Islam tersebut dalam rangka memperkasakan sistem pertahanan udaranya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran dilaporkan berjaya menguji sistem perluru berpandu darat ke udara buatan Rusia, S-300 yang dibeli oleh Republik Islam tersebut dalam rangka memperkasakan sistem pertahanan udaranya.

Agensi Berita Fars pada hari Ahad melaporkan bahawa sistem perluru berpandu itu berjaya mengesan, mengekori dan memintas sebuah peluru berpandu balistik semasa ujian tersebut.

Ujian tembakan itu dilancarkan di hadapan beberapa pegawai kerajaan dan juga ketenteraan di sebuah padang sasar yang mana lokasinya dirahsiakan.

Ujian ketenteraan itu dibuat dalam rangka menganalisis keupayaan sistem S-300 Rusia itu. Perkara ini merangkumi penilaian kemampuan sistem tersebut di dalam mengesan dan memusnahkan sasaran yang sukar dikesan oleh sistem yang lain.

Ujian itu turut memberikan perhatian terhadap keupayaan sistem itu dalam mematahkan ancaman peluru berpandu balistik dan dalam masa yang sama menguji kebolehan anggota terbabit di dalam mengendalikan sistem yang kompleks itu.

Rusia sebelum ini memberikan komitmen kepada Iran pada tahun 2007 untuk menghantar sistem tersebut di bawah sebuah perjanjian bernilai USD 800 juta. Akan tetapi, penghantaran sistem itu tergendala pada tahun 2010 berikutan sekatan yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan PBB ke atas Iran. Sekatan itu bertujuan menghalang sebarang penjualan senjata berteknologi tinggi kepada Tehran.

Tindakan Moscow memaksa Iran untuk memfailkan rungutan ke atas pengeluar senjata itu di Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa di Geneva. Akan tetapi, pada tahun 2015, Presiden Rusia, Vladimir Putin menamatkan sekatan itu dan penghantaran dibuat beberapa bulan selepas itu.

Pada Oktober 2016, Moscow berkata bahawa pihaknya telah menunaikan komitmennya terhadap perjanjian itu dengan menghantar sistem tersebut ke Tehran.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram