Iraq Guna Telefon Pembantu Baghdadi Untuk Tangkap Beberapa Komander Daesh

Iraq Guna Telefon Pembantu Baghdadi Untuk Tangkap Beberapa Komander Daesh

Pegawai keselamatan kanan kerajaan Iraq berkata bahawa pihak berkuasa sedang menahan seorang pembantu kanan kepada pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Ibrahim al-Samarrai al-Abu Bakr al-Baghdadi, dan telah menggunakan aplikasi pesanan di telefon bimbitnya untuk menangkap empat pemerintah daripada kumpulan pengganas tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pegawai keselamatan kanan kerajaan Iraq berkata bahawa pihak berkuasa sedang menahan seorang pembantu kanan kepada pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Ibrahim al-Samarrai al-Abu Bakr al-Baghdadi, dan telah menggunakan aplikasi pesanan di telefon bimbitnya untuk menangkap empat pemerintah daripada kumpulan pengganas tersebut.

Hisham al-Hashimi, seorang perunding kepada kerajaan pusat di Baghdad, memberitahu Reuters pada hari Khamis ketika mengulas berhubung kempen anti-Daesh negara itu bahawa Ismail al-Eithawi, yang lebih dikenali dengan nama Abu Zaid al-Iraqi -di kalangan para milutan- telah ditangkap di Turki pada Februari lepas oleh pihak berkuasa Turki dan sudahpun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq.

Hashimi turut menambah dengan mengatakan bahawa pasukan Iraq telah menggunakan aplikasi pemesejan Telegram di telefon bimbit Eithawi dan berjaya mengumpan sejumlah besar komander Daesh di Syria untuk melintasi sempadan ke Iraq, di mana mereka ditangkap di sana.

Mereka yang ditahan termasuk warga negara Syria, Saddam Jamal, yang berkhidmat sebagai gubernur Daesh di wilayah Euprates timur Syria.

Tiga komander lapangan yang lain juga telah dikenalpasti sebagai Mohamed al-Qadeer (warga Syria) serta Omar al-Karbouli dan Essam al-Zawbai, yang keduanya keturunan Iraq.

Hashimi menyifatkan Eithawi sebagai pembantu langsung kepada Baghdadi, dengan menyatakan bahawa dia bertanggungjawab di dalam urusan pemindahan wang ke akaun bank Daesh di pelbagai negara.

Penasihat keamanan kepada pemerintah Iraq mengatakan bahwa agen perisikan Irak yang bekerjasama dengan pasukan Amerika Syarikat, telah berhasil mengungkap nombor akaun bank yang digunakan oleh Daesh dan menguraikan kode komunikasi rahasia yang digunapakai oleh Eithawi.

Pada 30 April lepas, Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi telah berjanji untuk meneruskan serangan udara ke atas kedudukan dan markas kumpulan Daesh di negara jiran mereka, Syria. Akan tetapi, beliau di dalam masa yang sama turut menekankan bahawa Baghdad tidak akan sama sekali mencabul kedaulatan kerajaan Damsyik melalui tindakan itu.

"Iraq akan meneruskan serangan udara di Syria dan akan melakukan lebih banyak lagi untuk menghapuskan kumpulan Daesh. Ia tidak boleh membenarkan militan Daesh untuk kembali, ... Akan tetapi Iraq tidak bermaksud untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Syria, "kata Abadi.

Abadi pada 9 Disember 2017, telah mengisytiharkan berakhirnya operasi tentera negaranya ke atas Daesh di wilayah-wilayah Iraq.

"Pasukan kami berjaya menubuhkan kawalan penuh di kawasan sempadan Iraq-Syria. Oleh itu saya mengumumkan pegnakhiran perang melawan Daesh," katanya pada sidang di Baghdad.

Pada 10 Julai, Abadi secara rasmi mengisytiharkan kemenangan terhadap pelampau Daesh di Mosul, yang berfungsi sebagai kubu kuat utama pengganas di negara Arab itu.

Semasa kempen pembebasan Mosul berlangsung, para anggota tentera Iraq dan pejuang sukarelawan dari pertubuhan Hashd al-Sha'abi berjaya melakukan kemaraan yang meluas terhadap Daesh.

Pasukan Iraq menguasai timur Mosul pada Januari 2017 selepas 100 hari pertempuran, dan melancarkan pertempuran di barat pada 19 Februari tahun lepas.

Daesh memulakan kempen keganasan di Iraq pada tahun 2014 dengan melancarkan serangan besar-besaran dalam serangan kilat.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram