Iraq Tidak Akan Benarkan Pangkalan A.S Di Wilayahnya

Iraq Tidak Akan Benarkan Pangkalan A.S Di Wilayahnya

Iraq mengatakan ia tidak akan membenarkan Amerika Syarikat untuk membina pangkalan tentera tetap di tanahnya, yang mana perkara itu merupakan sebuah pencabulan ke atas kedaulatannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iraq mengatakan ia tidak akan membenarkan Amerika Syarikat untuk membina pangkalan tentera tetap di tanahnya, yang mana perkara itu merupakan sebuah pencabulan ke atas kedaulatannya.

"Baghdad dengan tegas menolak pembinaan pangkalan tentera A.S di wilayahnya," kata Menteri Luar Iraq, Ibrahim Jaafari pada akhir lawatan beliau ke Rusia pada hari Jumaat.

Beliau turut berkata bahawa ketika Baghdad meminta bantuan antarabangsa di dalam kempen memerangi kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada tahun 2014, kerajaan Iraq dengan jelas menetapkan syarat bahawa sebarang sumbangan harus memenuhi syarat yang selari di dalam melindungi kedaulatan dan kemerdekaan Iraq.

Jaafari berkata Baghdad dengan jelas telah menyatakan bahawa sebarang bentuk sumbangan antarabangsa di dalam operasi anti-keganasan tidak seharusnya membawa kepada penubuhan pangkalan tentera atau kehadiran kekal tentera asing di wilayahnya.

"Kedaulatan Iraq adalah garis merah kami," kata Menteri Luar Iraq tersebut.

Beliau yang merujuk kepada kehadiran pangkalan tetap tentera A.S di "Korea Selatan, Turki, Jepun, dan beberapa negara lain" lama selepas berakhirnya Perang Dunia kedua berkata bahawa pangkalan tersebut mencabul kedaulatan negara tersebut.
















Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky