Israel Musnahkan Sekitar 200 Struktur Palestin Di Tebing Barat

Israel Musnahkan Sekitar 200 Struktur Palestin Di Tebing Barat

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel setakat ini telah menghancurkan sebanyak 197 buah struktur milik Palestin di Tebing Barat pada separuh pertama tahun 2018 apabila pihak rejim Tel Aviv mula giat dengan dasar perampasan tanah di wilayah yang diduduki.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel setakat ini telah menghancurkan sebanyak 197 buah struktur milik Palestin di Tebing Barat pada separuh pertama tahun 2018 apabila pihak rejim Tel Aviv mula giat dengan dasar perampasan tanah di wilayah yang diduduki.

Badan dunia itu di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, mengumumkan bahawa lapan buah rumah, 10 struktur berkaitan kegiatan ekonomi dan empat tembok penahan atau pagar telah musnah sepanjang bulan lalu.

Mereka turut berkata bahawa angkatan tentera Israel dan jabatan terkait telahpun menghancurkan struktur di kawasan bandar Al-Khalil (Hebron) di selatan Tebing Barat yang terletak 30 kilometer di selatan Jerusalem al-Quds, pada bulan Jun .

Di samping itu, sebuah pangsapuri kediaman yang menempatkan tiga buah keluarga juga telah dirobohkan di bandar Barta'a Timur.

OCHA selanjutnya menegaskan bahawa angka pencerobohan yang dilaporkan sepanjang separuh pertama tahun ini di Baitulmuqaddis Timur al-Quds menunjukkan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Wilayah yang diduduki itu telah menyaksikan ketegangan baru sejak Presiden A.S Donald Trump pada 6 Disember 2017 mengumumkan pengiktirafan Washington terhadap Yerusalem al-Quds sebagai "ibu kota" Israel sambil menegaskan bahawa A.S akan memindahkan kedutaannya ke bandar tersebut.

Keputusan dramatik itu mencetuskan demonstrasi di wilayah Palestin yang diduduki dan di tempat lain di seluruh dunia.

Status Yerusalem al-Quds adalah isu paling rumit di dalam konflik Israel-Palestin yang sudah berterusan berdekad-dekad lamanya.

Warga Palestin melihat Yerusalem Timur al-Quds sebagai ibu kota masa depan mereka.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky