Israel Akan Keluarkan UNRWA Dari Baitulmuqaddis

Israel Akan Keluarkan UNRWA Dari Baitulmuqaddis

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin menyuarakan kebimbangan, hari ini, selepas Datuk Bandar Israel di Baitulmaqdis berkata, beliau akan mengeluarkan agensi itu dari bandar terbabit.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin menyuarakan kebimbangan, hari ini, selepas Datuk Bandar Israel di Baitulmaqdis berkata, beliau akan mengeluarkan agensi itu dari bandar terbabit.

“Perancangan terperinci mengeluarkan UNRWA dari Baitulmaqdis dan menggantikan perkhidmatannya dengan perkhidmatan perbandaran,” menurut pengumuman Datuk Bandar Nir Barkat, kelmarin.

UNRWA berkata, tindakan sedemikian akan menjejaskan operasi dan kemudahan kemanusiaannya di wilayah Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel.

Agensi itu mengendalikan banyak sekolah dan pusat kesihatan terutamanya di kem pelarian Shuafat di mana 24,000 penduduk Palestin tinggal.

UNRWA kini di bawah tekanan daripada Israel dan Amerika Syarikat (AS). Kedua-dua negara itu menentang fakta bahawa penduduk Palestin boleh mewariskan status pelarian kepada anak mereka dan mahu jumlah pelarian yang ditanggung agensi itu diturunkan secara mendadak. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky