Israel Akan "Terkejut" Jika Serang Lubnan: Hizbullah

  • News Code : 842326
  • Source : ABNA24
Brief

Seorang pegawai kanan gerakan Hizbullah berkata bahawa kumpulan tersebut akan "mengejutkan" Israel di dalam perang masa hadapan ketika bercakap berkenaan kemampuan ketenteraan kumpulan itu yang telah dipertingkatkan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan gerakan Hizbullah berkata bahawa kumpulan tersebut akan "mengejutkan" Israel di dalam perang masa hadapan ketika bercakap berkenaan kemampuan ketenteraan kumpulan itu yang telah dipertingkatkan.

Di dalam sebuah temu ramah dengan rangkaian Televisyen Al-Manar sempena hari ulang tahun ke-11 perang Lubnan ke-2, ketua Majlis Eksekutif Hizbullah, Hashem Safieddine mengesahkan bahawa kumpulan itu telah berubah dan sedang giat membangunkan kemampuan ketenteraan yang baru.

Safieddine berkata bahawa laporan Israel berhubung persenjataan Hizbullah "adalah tidak tepat memandangkan ajensi perisikan musuh tidak akan pernah mampu mendapatkan maklumat yang tepat di dalam konteks tersebut."

Surat khabar Kuwait, Al-Jarida melaporkan bahawa Hizbullah telah menyiapkan sebuah kilang senjata bawah tanah yang mampu mengeluarkan peluru berpandu dengan julat capaian sejauh 500 km, roket anti-kereta kebal, pesawat tanpa pemandu (UAV) dengan kemampuan membawa senjata dan peluru berpandu darat ke udara.

Menurut sebuah laporan baru oleh majalah online Perancis, Intelligence Online, fasiliti itu terletak berhampiran Hermel di utara Lubnan. Kilang itu dilaporkan mampu membina roket Fateh-110 yang mampu membawa kepala peledak seberat setengah tan dan secara relatifnya mampu mencapai sasaran dengan tepat. Roket itu mempunyai julat capaian sejauh 300 km.

Fasiliti yang lain pula terletak berhampiran pantai Mediterranean di antara bandar Tyre dan Sidon. Menurut laporan yang sama, fasiliti kedua itu digunakan Hizbullah untuk membuat peluru ringan.

Menteri urusan ketenteraan rejim Israel, Avigdor Liberman mengatakan bahawa capaian Hizbullah kepada sebarang senjata kompleks dan canggih adalah garisan merah buat rejim tersebut sambil menekankan bahawa Tel Aviv akan menghalang kumpulan itu daripada memiliki kemampuan sedemikian. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram