Israel Batal Rancangan Usir Pendatang Afrika

Israel Batal Rancangan Usir Pendatang Afrika

Israel membatalkan rancangannya untuk mengusir pendatang Afrika yang masuk ke negara Yahudi itu secara haram selepas gagal mencari negara yang sanggup menerima mereka, kata kerajaan semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel membatalkan rancangannya untuk mengusir pendatang Afrika yang masuk ke negara Yahudi itu secara haram selepas gagal mencari negara yang sanggup menerima mereka, kata kerajaan semalam.

Pada awalnya rancangan itu menyasarkan 42,000 pendatang yang berasal dari Eritrea dan Sudan yang kini hidup di Israel.

Penasihat undang-undang kerajaan sudah memaklumkan kepada Mahkamah Agung mengenai pembatalan itu selepas beberapa negara yang dirahsiakan enggan menerima pendatang berkenaan, kata sumber yang dekat dengan kerajaan. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky