Israel Benarkan Pembinaan Penempatan Di Tebing Barat

Israel Benarkan Pembinaan Penempatan Di Tebing Barat

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini memberikan kebenaran rasmi meneruskan pembinaan penempatan di Tebing Barat sebagai reaksi kepada pembunuhan seorang pendeta Yahudi yang menetap di situ bulan lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini memberikan kebenaran rasmi meneruskan pembinaan penempatan di Tebing Barat sebagai reaksi kepada pembunuhan seorang pendeta Yahudi yang menetap di situ bulan lalu.

"Kerajaan akan menilai semula status Havat Gilad untuk membolehkan kehidupan normal diteruskan di situ," katanya pada awal mesyuarat Kabinet, merujuk kepada penempatan di Tebing Barat.

Agenda rasmi Kabinet menyatakan menteri akan mendengar usul menetapkan pangkalan luar berusia 15 tahun itu sebagai 'komuniti baru' yang mempunyai permit bangunan dan bajet.

Kira-kira 50 keluarga menetap di pangkalan luar itu.

Pendeta Raziel Shevah ditembak mati berhampiran Havat Gilad.

Minggu berikutnya, tentera Israel yang memburu penyerangnya menembak mati suspek Palestin di Jenin di utara Tebing Barat, kira-kira 35 kilometer ke utara Havat Gilad.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menangkap lelaki yang dipercayai mengetuai serangan ke atas Shevah, iaitu Ahmed Jarrar, 22.

Pemburuan diteruskan semalam dengan serbuan di kampung Burqin yang menyaksikan tentera menembak mati remaja Palestin, Ahmad Abu Obeid, 19.

Pada majlis pengebumian Shevah, desakan supaya membalas dendam disuarakan Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett, dari parti berhaluan kanan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram