Israel Bina 4,000 Rumah Peneroka Haram

  • News Code : 859625
  • Source : Berita Harian
Brief

Israel dijangka memajukan rancangan membina hampir 4,000 rumah peneroka haram di jajahan Tebing Barat sebagai antara usaha meningkatkan pertumbuhan penempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel dijangka memajukan rancangan membina hampir 4,000 rumah peneroka haram di jajahan Tebing Barat sebagai antara usaha meningkatkan pertumbuhan penempatan.

Seorang pegawai Israel berkata, kelulusan itu termasuk unit di bandar utama Tebing Barat di Hebron, kali pertama sejak beberapa tahun.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, sebanyak 3,736 unit rumah akan diluluskan dalam pelbagai peringkat perancangan dan pembinaan.

Beliau bagaimanapun tidak memberi tempoh atau pecahan tepat, namun berkata penempatan itu akan dibina di seluruh Tebing Barat termasuk Hebron dan Migron serta Beit El berhampiran Ramallah.

"Secara keseluruhan, kira-kira 12,000 unit penempatan akan diluluskan pada 2017 di pelbagai peringkat perancangan dan pembinaan, empat kali ganda jumlah tahun lalu," katanya.

Israel berdepan kritikan hebat ketika pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berhubung pembinaan penempatan, namun ia berbeza dengan penggantinya, Donald Trump.

Media Israel berkata, majlis perancang dijangka bertemu minggu depan untuk meluluskan sekurang-kurangnya sesetengah daripada pelan terbabit.

Akhbar harian Haaretz berkata, jika penempatan Hebron diluluskan, ia adalah kali pertama untuk bandar selatan Tebing Barat sejak 2002.

Hebron dihuni kira-kira 200,000 rakyat Palestin dengan 800 peneroka tinggal dalam perlindungan tentera Israel di beberapa penempatan dikawal ketat di tengah bandar. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram