Israel Dikecam Larang Imam Besar Al-Aqsa Sertai Persidangan

Israel Dikecam Larang Imam Besar Al-Aqsa Sertai Persidangan

Imam Besar Al-Azhar As-Sharif Mesir, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb mengutuk tindakan Israel melarang Imam Besar Masjid Al-Aqsa Dr Yusuf Salamah menghadiri Persidangan “Al Azhar Sedunia Bagi Menyokong Baitulmaqdis”, berhubung rancangan rejim itu menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam Besar Al-Azhar As-Sharif Mesir, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb mengutuk tindakan Israel melarang Imam Besar Masjid Al-Aqsa Dr Yusuf Salamah menghadiri Persidangan “Al Azhar Sedunia Bagi Menyokong Baitulmaqdis”, berhubung rancangan rejim itu menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Persidangan anjuran bersama Al-Azhar As-Syarif dan Majlis Hukamak Muslimin (majlis ilmuan Islam) yang berlangsung selama 2 hari, bermula hari ini, di Al-Azhar Convention Centre, Kaherah, Mesir dan disertai delegasi 86 negara seluruh dunia.

Al-Azhar As-Syarif adalah sebuah institut ilmu Islam terbesar dunia, berperanan memelihara warisan Islam, di samping mempromosikan keamanan, keharmonian, konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dan penyelidikan dengan membawa mesej Islam sebenar kepada masyarakat seluruh dunia.

Al-Tayyeb dalam satu kenyataan di laman web rasmi Al-Azhar hari ini, berkata larangan itu tidak boleh diterima dan jelas menunjukkan keangkuhan pihak Zionis terhadap rakyat Palestin dan kepimpinan agama.

Setakat ini tiada laporan yang boleh dirujuk untuk mengetahui sebab-sebab rejim Israel melarang imam Masjid Al-Aqsa itu daripada menyertai persidangan berkenaan.

“Persidangan hari ini bertujuan mendedahkan pelanggaran (hak asasi) dilakukan rejim Zionis dan mengesahkan hak rakyat Palestin dalam usaha menubuhkan sebuah negara merdeka dan menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Palestin”.

“Selain itu, yang akan turut dibincangkan ialah keputusan Amerika Syarikat (AS) yang berpihak kepada rejim Israel,” katanya.

Pada 6 Disember lepas, AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara AS memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu.

Persidangan Al-Azhar Sedunia itu dijangka mengeluarkan satu resolusi berhubung isu rakyat Palestin dan mengesahkan hak rakyat Palestin khususnya dalam usaha menubuhkan sebuah negara merdeka dan berdaulat.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky