Israel Godam Talian Telefon Ketika Nasrallah Beri Ucapan: Lubnan

  • News Code : 829772
  • Source : ABNA24
Brief

Lubnan menganggap rejim Israel bertanggungjawab ke atas serangan siber yang dilancarkan ke atas rangkaian telekomunikasi negara itu ketika Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah sedang membuat ucapan pada minggu lepas sempena memperingati salah seorang daripada pejuang pertubuhan itu, Mustafa Badreddine yang terbunuh sebelum ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lubnan menganggap rejim Israel bertanggungjawab ke atas serangan siber yang dilancarkan ke atas rangkaian telekomunikasi negara itu ketika Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah sedang membuat ucapan pada minggu lepas sempena memperingati salah seorang daripada pejuang pertubuhan itu, Mustafa Badreddine yang terbunuh sebelum ini.

Semasa ucapan itu dibuat pada hari Khamis, panggilan telefon dan mesej dihantar kepada ribuan pengguna telefon di Lubnan yang mana mesejnya mengandungi tuduhan bahawa Nasrallah sendiri telah mengarahkan pembunuhan Mustafa Badreddine.

Susulan daripada insiden itu, Hizbullah berkata, "Sumber yang tidak diketahui telah memanipulasi talian telefon pejabat media Hizbullah dengan membuat panggilan kepada beberapa warga Lubnan serta menghantar mesej kepada mereka." Mesej itu mengandungi cemuhan ke atas pertubuhan itu serta pemimpinnya."

Di dalam sebuah sidang akhbar bersama Kementerian Telekomunikasi Lubanan dan syarikat Ogero, kedua-dua pihak berkata bahawa mereka percaya Israel telah melancarkan serangan itu sambil merujuk kepada serangan yang serupa pada tahun 2006.

Serangan itu memberikan kesan kepada sekitar 10,000 telefon dengan menggunakan "(peralatan) berteknologi tinggi yang menembusi rangkaian telefon dari luar wilayah Lubnan," kata mereka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram