Israel Harus Dipersalahkan Bukan Syria: Bashar

Israel Harus Dipersalahkan Bukan Syria: Bashar

Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata Israel harus dipersalahkan selepas Damsyik secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat milik Rusia pada Selasa lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata Israel harus dipersalahkan selepas Damsyik secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat milik Rusia pada Selasa lalu.

Pesawat malang itu dilaporkan membawa 15 krew dan anak kapal, hilang dari radar ketika terbang di atas Laut Mediterranean.

Insiden itu berlaku ketika Damsyik cuba memintas serangan peluru berpandu Israel yang disasarkan di pesisir pantai Latakia.

Bashar menerusi suratnya kepada Presiden Vladimir Putin berkata, kejadian malang itu tercetus akibat keangkuhan Israel sambil menuduh rejim Tel Aviv sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya.

Pada masa sama, Bashar turut melahirkan keyakinannya bahawa insiden itu tidak akan menjejaskan kerjasama Damsyik-Moscow dalam usaha membanteras keganasan.

"Syria dan Rusia akan terus bekerjasama menentang keganasan dan menghapuskan militan," katanya.

Tentera Rusia mendakwa juruterbang Israel menyerang sasaran Syria dengan menggunakan ‘pesawat Russia sebagai pelindung, mendedahkannya kepada serangan daripada pertahanan udara Syria.’

Namun Israel menafikan tuduhan itu, mengatakan ‘apabila tentera Syria melancarkan peluru berpandu yang mengenai pesawat Rusia, jet Israel sudah berada dalam ruang udaranya.’

Moscow menegaskan, insiden itu tidak memberi kesan terhadap perjanjian Idlib, namun memberi amaran kepada Israel pihaknya akan bertindak balas serta memanggil wakilnya di Moscow. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky