Israel Larang Ahed Tamimi Ke Luar Negara

Israel Larang Ahed Tamimi Ke Luar Negara

Israel bertindak melarang aktivis Palestin, Ahed Tamimi dan ahli keluarganya melakukan perjalanan ke luar negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel bertindak melarang aktivis Palestin, Ahed Tamimi dan ahli keluarganya melakukan perjalanan ke luar negara.

Perkembangan itu disampaikan bapa gadis berkenaan, Basim Tamimi kepada agensi berita Anadolu, baru-baru ini

Kata Basim, larangan terbabit disampaikan pihak berkuasa Palestin ketika mereka sekeluarga merancang ke Eropah menerusi Jordan.

Katanya lagi, tujuan mereka ke Eropah adalah bagi memenuhi undangan majlis diskusi selain berkongsi pengalaman anaknya ditahan Israel.

"Pihak berkuasa Palestin mahupun Israel tidak memberi sebarang alasan di atas larangan tersebut," katanya.

Pada 29 Julai lalu, Israel membebaskan Ahed dan ibunya, Nariman, selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.

Gadis 17 tahun itu ditahan pada Desember lalu selepas video menunjukkan Ahed yang ketika berusia 16 tahun menendang dan menampar tentara Israel yang mahu memasuki rumah keluarganya di perkampungan Nabi Saleh.

Ahed dihukum penjara lapan bulan selepas disabit bersalah menyerang askar Israel yang ketika kejadian lengkap bersenjata.

Beliau telah menjadi suara rakyat Palestin untuk merdeka daripada penjajahan Israel.

Ahed juga menjadi simbol antarabangsa untuk menentang penjajahan Israel di Tebing Barat.

Penahanan Ahed memicu kecaman global terhadap Israel dan membuat rejim Zionis itu menjadi sorotan dunia atas perlakuan buruk terhadap rakyat Palestin. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky