Israel Luluskan Rang Undang-Undang Mudahkan Pengilhakan al-Quds

  • News Code : 842662
  • Source : ABNA24
Brief

Israel telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang bertujuan untuk merampas kawalan secara sepenuhnya ke atas al-Quds.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang bertujuan untuk merampas kawalan secara sepenuhnya ke atas al-Quds.

Rang undang-undang yang penuh kontroversi itu diluluskan pada hari Ahad. Selepas diluluskan, amat sukar untuk Perdana Menteri rejim Israel mengembalikan mana-mana bidang tanah kepada pihak Palestin di dalam sebarang perjanjian damai yang mungkin ditandatangani pada masa hadapan.

Rang undang-undang yang diusulkan oleh parti berhaluan kanan itu memerlukan tiga per empat undi daripada ahli parlimen Israel (Knesset) sebelum diluluskan.

Pemimpin parti Naftali Bennet, Bayit Yehudi berkata, "bersatu di atas rang undang-undang Jerusalem Bersatu akan memperkukuhkan kedudukan kita di dunia dan menghalang sebarang tekanan ke atas Israel pada masa hadapan."

"Rang undang-undang Jerusalem Bersatu... akan menghalang sebarang kemungkinan memecah belahkan Jerusalem," tambahnya.

Israel menuntut keseluruhan Jerusalem untuk diri mereka sendiri sedangkan pihak berkuasa Palestin menuntut kawasan Timur Jerusalem sebagai ibu negara masa hadapan mereka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram