Israel Mahukan Penerbangan Terus Dari Tel Aviv Ke Arab Saudi

  • News Code : 842224
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Komunikasi rejim Israel, Ayooba Kara berkata bahawa Tel Aviv sedang berusaha untuk memulakan penerbangan langsung ke Arab Saudi bagi tujuan ibadah Haji.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Komunikasi rejim Israel, Ayooba Kara berkata bahawa Tel Aviv sedang berusaha untuk memulakan penerbangan langsung ke Arab Saudi bagi tujuan ibadah Haji.

Di dalam sebuah temu ramah dengan Bloomberg pada awal minggu ini, Kara menyatakan harapan kerajaannya untuk melihat jemaah Haji negara itu terbang secara langsung dari lapangan terbang Ben Gurion ke Arab Saudi. Pada masa ini, mereka perlu mengharungi perjalanan bas sejauh 1,000 batu dengan merentasi Sungai Jordan dan padang pasir Arab Saudi sebelum tiba ke kota suci Mekah.

"Realiti telah berubah," kata Kara. "Sekarang adalah waktu yang terbaik untuk membuat permintaan ini dan saya berusaha keras untuk menjayakannya."

Kara turut berkata bahawa dia telahpun bercakap dengan para pegawai di Arab Saudi, Jordan dan beberapa negara lain berhubung rancangan itu. Menurutnya, perkara itu masih berada di peringkat rundingan dan masih menjadi isu sensitif.

Penerbangan terus dari Tel Aviv ke Mekah adalah sesuatu yang ideal, walau bagaimanapun, perjalanan itu mungkin perlu berhenti di Jordan terlebih dahulu, tambahnya.

Dianggarkan sekitar 6,000 Arab-Israel melakukan perjalanan Haji setiap tahun.

Arab Saudi dan Israel tidak memiliki sebarang hubungan formal mahupun hubungan di sektor penerbangan. Akan tetapi, terdapat perubahan ke atas perkara itu baru-baru ini. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram