Israel Ragut 26 Nyawa Warga Palestin

Israel Ragut 26 Nyawa Warga Palestin

Laporan terbaharu mendedahkan bahawa tentera Israel membunuh 26 rakyat Palestin dan mencederakan 2,300 yang lain sepanjang bulan lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Laporan terbaharu mendedahkan bahawa tentera Israel membunuh 26 rakyat Palestin dan mencederakan 2,300 yang lain sepanjang bulan lalu.

Pusat Penyelidikan Abdullah Al-Hourani dalam laporannya turut mendedahkan seramai 450 warga Gaza dicekup pihak berkuasa rejim Zionis.

NGO itu mendakwa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menembak mati 23 rakyat Palestin di Gaza termasuk tujuh kanak-kanak.

Tiga lagi rakyat Palestin dibunuh ketika menyertai tunjuk perasaan di Tebing Barat, termasuk pemuda berusia 24 tahun dikenali sebagai Mohammad Al-Rimawi yang dibelasah sehingga mati.

“IDF turut bertindak memusnahkan 16 rumah dan 18 kemudahan milik Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki.

“Bukan itu sahaja, rejim Zionis turut mengeluarkan arahan perobohan 27 lagi rumah Palestin di kawasan sama,” katanya. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky