Israel Rampas Bot Palestin

Israel Rampas Bot Palestin

Tentera Israel dilaporkan menahan dan merampas sebuah bot protes Palestin hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Israel dilaporkan menahan dan merampas sebuah bot protes Palestin hari ini.

Bot yang membawa penduduk Gaza yang sakit dan penganggur, ditahan tentera Israel beberapa kilometer di laut, kata Salah Abdul Atti, seorang penganjur kepada AFP.

"Tentera Israel mengepung dan memintasnya," kata Atti menambah hubungan komunikasi dengan bot terputus selama hampir 30 minit.

Bot dan penumpang dikatakan akan dibawa ke pelabuhan Israel di Ashdod.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, ia adalah cubaan tidak sah memecahkan sekatan tentera laut ke atas Gaza sejak Hamas merampas kuasa.

Penganjur berkata, mereka mahu mengetengahkan impak sekatan ke atas dua juta penduduk Gaza.

Sekatan Israel selama 11 tahun telah menghalang Semenanjung Gaza daripada menerima bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan, termasuk bekalan makanan, perubatan, dan air bersih.-AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky