Israel Sasar Pusat Jana Kuasa Dan Ladang Di Gaza

Israel Sasar Pusat Jana Kuasa Dan Ladang Di Gaza

Pesawat perang Israel telah Menyasarkan kawasan utara Gaza hanya beberapa jam selepas Tel Aviv mengumumkan penutupan satu-satunya sempadan logistik ke Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pesawat perang Israel telah Menyasarkan kawasan utara Gaza hanya beberapa jam selepas Tel Aviv mengumumkan penutupan satu-satunya sempadan logistik ke Palestin.

Angkatan Udara Israel menyasarkan stesen janakuasa dan menembak tujuh peluru berpandu di kawasan pertanian di timur bandar Beit Hanoun, kata laporan Palestin pada hari Sabtu.

Tiada laporan awal mangsa akibat serangan.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan bahawa letupan di Gaza berkaitan dengan kegiatan "tentera Israel".

Terdahulu pada hari itu, Israel menutup sempadan utama melintasi Gaza berikutan tindakan ganas rejim Tel Aviv ke atas protes anti-pendudukan di wilayah Palestin tersebut.

Protes Palestin, yang dikenali sebagai "March Great of Return," akan berlangsung hingga 15 Mei, bersamaan dengan ulang tahun ke 70 Hari Nakba (Hari Bencana), yang menandai pembentukan negara haram Yahudi.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky