Israel Sedia Tingkatkan Serangan Di Gaza

Israel Sedia Tingkatkan Serangan Di Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pihaknya bercadang untuk meningkatkan serangan udara di Gaza.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pihaknya bercadang untuk meningkatkan serangan udara di Gaza.

"Kami bersedia untuk menghadapi sebarang senario serangan dan musuh kami memahami perkara ini," katanya di hadapan tentera, semalam.

Menurut sumber perubatan, beberapa orang cedera dalam serangan udara tersebut.

Serangan itu dilancarkan selepas utusan khas Presiden Amerika Syarikat, Jason Greenblatt dan penasihat Jared Kusher menyatakan kesediaan untuk melawat rantau ini.

Rejim Zionis berkata, serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap roket dan mortar yang dilancarkan ke wilayah didudukinya dari kawasan pantai.

Israel kerap melakukan serangan udara di Gaza yang dikepung sejak 2007.

Ketegangan berlaku di sepanjang pagar sempadan Gaza sejak 30 Mac lalu yang menyaksikan penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan 'Perarakan kepulangan besar-besaran' untuk menuntut hak kembali ke tanah air sendiri selepas diusir Israel.

Sehingga kini, lebih 130 rakyat Palestin terbunuh dan ribuan lagi cedera selepas tentera Israel menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan. - Press TV  


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky