Israel Serbu Pejabat Gabenor Palestin Di Baitulmaqdis

Israel Serbu Pejabat Gabenor Palestin Di Baitulmaqdis

Tentera Israel menyerbu pejabat gabenor Baitulmaqdis berketurunan Palestin semalam, kata pihak berkuasa, selepas laporan dibuat mengenai siasatan berkaitan penjualan tanah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Israel menyerbu pejabat gabenor Baitulmaqdis berketurunan Palestin semalam, kata pihak berkuasa, selepas laporan dibuat mengenai siasatan berkaitan penjualan tanah.

Pihak berkuasa mengesahkan serbuan di Al-Ram, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Ia dibuat selepas penahanan Adnan Gheith, pada 20 Oktober lalu. Beliau dibebaskan dua hari kemudian.

Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Pihak Berkuasa Palestin (PA), Adnan al-Husseini, memberitahu tentera merampas dokumen dan bahan lain ketika serbuan.

Bangunan sama menempatkan kementeriannya dan pejabat gabenor, kedua-duanya diserbu dalam tindakan pertama seumpama itu.

Jurucakap kerajaan Palestin, Yusuf Mahmud, berkata ia adalah peningkatan pencerobohan dan pelanggaran semua undang-undang dan perjanjian antarabangsa.

Agensi keselamatan domestik Israel, Shin Bet, berkata dalam kenyataan bersama bahawa serbuan dilakukan polis dan tentera itu adalah berhubung aktiviti haram dilakukan PA di Baitulmaqdis. — AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky