Israel Tahan Wartawan Palestin

Israel Tahan Wartawan Palestin

Sekurang-kurangnya 21 wartawan Palestin ditahan di penjara Israel, penahanan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kata Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 21 wartawan Palestin ditahan di penjara Israel, penahanan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kata Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, jawatankuasa itu mengutuk penahanan dan pendakwaan yang berterusan ke atas wartawan dan pengamal media Palestin.

Jawatankuasa itu juga menegaskan bahawa Israel bertindak demikian kerana mahu menyembunyikan jenayah kemanusiaan dilakukan mereka dari pengetahuan masyarakat antarabangsa.

Ia menambah bahawa Israel mahu menakut-nakutkan wartawan, menyekat pergerakan dan kebebasan mereka untuk melaksanakan tugas kemanusiaan dan kewartawanan.

Menurut jawatankuasa itu lagi, kesemua wartawan Palestin terbabit ditahan dan didakwa mencabuli undang-undang antarabangsa.

"Ada di antara mereka yang berada dalam penahanan pentadbiran tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

"Sepanjang ditahan, mereka tidak mendapat akses kepada rawatan perubatan.

"Manakala beberapa wartawan telah ditembak oleh tentera Israel ketika menjalankan tugas mereka," katanya.

Jawatankuasa ini menggesa layanan buruk Israel terhadap wartawan Palestin dihentikan dan merayu kepada komuniti antarabangsa untuk melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2222, yang menyediakan perlindungan kepada wartawan. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky