Israel Tarik Sekatan Ke Atas Pelancong Indonesia

Israel Tarik Sekatan Ke Atas Pelancong Indonesia

Israel hari ini menarik balik larangan kemasukan rakyat Indonesia ke wilayah Palestin, menurut Kementerian Luar Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel hari ini menarik balik larangan kemasukan rakyat Indonesia ke wilayah Palestin, menurut Kementerian Luar Israel.

Kementerian itu dalam kenyataannya berkata, susulan itu sekatan perjalanan ke atas warga Israel ke Indonesia turut dibatalkan.

Kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik, tetapi Tel Aviv dan Jakarta mengekalkan hubungan ekonomi, membolehkan warga Israel melawat Indonesia menggunakan visa perniagaan atau visa sementara.

Setiap tahun, ribuan umat Islam, termasuk rakyat Indonesia memasuki Israel untuk melawat Masjid al-Aqsa, menggunakan visa khas.

Rakyat Indonesia memberi sokongan kuat kepada Palestin, dengan menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran awal bulan lalu sebagai membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky