Israel Tebuk Tembok Kota Lama

Israel Tebuk Tembok Kota Lama

Israel dilapor menebuk dan memecahkan dinding tembok Kota Lama di Baitulmaqdis untuk membina laluan baharu berhampiran Gerbang Damsyik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel dilapor menebuk dan memecahkan dinding tembok Kota Lama di Baitulmaqdis untuk membina laluan baharu berhampiran Gerbang Damsyik.

Sumber Palestin di bandar yang dikepung itu berkata, beberapa pekerja dari majlis perbandaran telah membuat perubahan di bahagian dalaman Harat al-Nasara (Christian Quarter) sejak beberapa hari lalu.

Agensi berita Quds Press melaporkan, pengubahsuaian itu dibuat sebagai akses ke rumah penduduk Kristian di bandar tersebut, namun alasan utama di sebalik kerja pengubahsuaian itu adalah tidak jelas.

Pemimpin komuniti setempat, Basem Saeed Wajih memberitahu Quds Press bahawa penduduk tidak dimaklumkan mengenai sebarang kerja pengubahsuaian di kawasan tersebut.

"Tidak ada! Kami tidak dimaklumkan apa-apa perubahan melibatkan lorong atau laluan baharu di sini oleh Perbandaran Baitulmaqdis yang ditadbir Israel," ujarnya.

Israel sebelum ini dengan sewenang-wenangnya kerap memusnahkan infrastruktur di Baitulmaqdis.

Terbaharu, pihak berkuasa Israel memusnahkan kilang percetakan akhbar Palestin di Silwan.

Tentera Israel kemudiannya menahan dan menyerang dua penduduk Palestin yang bertindak merakam kejadian berkenaan.

Awal minggu lalu, Israel turut memusnahkan penempatan Palestin di kejiranan Sheik Jarrah meskipun tidak mempunyai arahan mahkamah untuk berbuat demikian.- Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky