Israel Tembak Mati 2 Remaja Palestin

Israel Tembak Mati 2 Remaja Palestin

Dua belia Palestin ditembak mati tentera Israel semalam dalam pertempuran di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, kata sumber perubatan Palestin dan saksi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua belia Palestin ditembak mati tentera Israel semalam dalam pertempuran di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, kata sumber perubatan Palestin dan saksi.

Remaja berusia 16 tahun terkorban dan dua lagi cedera dalam pertempuran berhampiran pagar sempadan Gaza-Israel.

Dalam kejadian itu, mereka membaling batu ke arah tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata, rusuhan ganas meletus di dua lokasi sepanjang sempadan Gaza dan 50 penduduk Palestin menyertainya, membaling batu dan menggolekkan tayar yang terbakar ke arah anggota tentera.

Remaja kedua yang juga berusia 16 tahun maut dalam rusuhan di kampung Bureen berhampiran Nablus di tengah Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky