Israel Tembak Mati 3 Rakyat Palestin

Israel Tembak Mati 3 Rakyat Palestin

Tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya 30 yang lain semasa protes di sempadan Gaza, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin dan mencederakan sekurang-kurangnya 30 yang lain semasa protes di sempadan Gaza, semalam.

Jurucakap tentera Israel berkata, mereka terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang kira-kira 1,200 penunjuk perasaan daripada melintasi pagar sempadan Gaza-Israel.

Tambahnya, penunjuk perasaan membakar tayar selain melempar bom petrol dan membaling batu ke arah tentera.

Mangsa yang maut termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Kementerian Kesihatan wilayah yang dikuasai Hamas berkata, remaja dikenali sebagai Mustafa Abed Rabbo ditembak ketika berada di barat Jabalia, utara Gaza.

Kematian remaja berkenaan menjadikan angka korban rakyat Palestin sejak tunjuk perasaan besar-besaran pada 30 Mac lalu, meningkat kepada 177 orang.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menuntut hak rakyat Palestin pulang ke kampung halaman yang dirampas Israel semasa peristiwa Nakba.

Peristiwa Nakba bermaksud 'malapetaka' dalam bahasa Arab dan merujuk kepada peristiwa pengusiran seramai 750,000 rakyat Palestin dari rumah mereka pada 1948, iaitu tahun negara haram Israel ditubuhkan, dan pemusnahan beratus-ratus perkampungan Palestin oleh tentera Yahudi. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky