Isu Syria Agenda Utama Persidangan Liga Arab

Isu Syria Agenda Utama Persidangan Liga Arab

Kesemua pemimpin Arab kecuali Presiden Syria, Bashar al-Assad akan menghadiri persidangan tahunan Liga Arab ke -29 yang dipengerusikan Raja Salman hari ini di Dhahran bagi membincangkan isu berbangkit.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesemua pemimpin Arab kecuali Presiden Syria, Bashar al-Assad akan menghadiri persidangan tahunan Liga Arab ke -29 yang dipengerusikan Raja Salman hari ini di Dhahran bagi membincangkan isu berbangkit.

Persidangan berlangsung 24 jam selepas tentera Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain membedil Syria berikutan dakwaan serangan senjata kimia di Douma yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa minggu lalu.

Antara isu utama yang bakal dibincangkan tentunya Perang Syria yang sekian lama mencetuskan konflik antara Riyadh dan sekutunya dengan penyokong rejim al-Assad khususnya Iran serta sekutunya Hezbollah dari Lubnan.

Kali terakhir Liga Arab mengambil langkah konkrit adalah pada tahun 2011 apabila ia menggantung keahlian Syria susulan peranan rejim al-Assad ketika perang.

Persidangan di Dhahran itu bagaimanapun dilihat tidak akan menuntut perletakan jawatan al-Assad.

Isu Baitulmaqdis juga akan turut menjadi agenda utama perbincangan berikutan langkah AS yang memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke wilayah rebutan itu. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram