Jeneral Rusia Terbunuh, A.S Patut Dipersalahkan

  • News Code : 856448
  • Source : ABNA24
Moscow mengatakan bahawa kematian Leftenan Jeneral Rusia, Valery Asapov di Syria merupakan natijah daripada dasar hipokrit negara Amerika Syarikat di dalam memerangi keganasan.

Foto: Sputnik

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Moscow mengatakan bahawa kematian Leftenan Jeneral Rusia, Valery Asapov di Syria merupakan natijah daripada dasar hipokrit negara Amerika Syarikat di dalam memerangi keganasan.

"Kematian serang pemerintah tentera Rusia adalah harga yang dibayar dengan darah akibat daripada dasar kepura-puraan Amerika Syarikat di Syria," kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov pada hari Isnin.

Asapov meninggal dunia pada hari Ahad selepas kedudukannya diserang dengan peluru mortar kumpulan pengganas Takfiri Daesh di wilayah timur Syria, Deir ez-Zour.

Beliau merupakan salah seorang daripada penasihat ketenteraan penting Rusia di Syria yang ketika insiden itu bertugas di pos kawalan milik tentera Damsyik dalam rangka membantu negara Arab itu membebaskan Deir ez-Zour daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh.


"Pihak Amerika sebelum ini mengisytiharkan bahawa mereka berminat untuk menghancurkan kumpulan pengganas Daesh ... Akan tetapi, tetapi beberapa tindakan yang diambil mereka menunjukkan bahawa mereka telah melakukan perkara yang sebaliknya. Secara zahirnya, beberapa matlamat politik dan geopolitik kelihatan lebih penting bagi Washington (daripada menghapuskan keganasan)," tambah Ryabkov.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa Rusia mahu melihat tindakan A.S di lapangan selari dengan kenyataan Washington berhubung perang ke atas keganasan.

Moscow telah beberapa kali mengutarakan aduan mereka tentang apa yang dianggapnya sebagai hubungan mesra yang mencurigakan di antara kumpulan militan (termasuk Daesh) dan pasukan elit A.S rantau ini. Menurut Moscow kerjasama itu bermatlamat untuk memperlambatkan kemaraan tentera Syria.

Syria mula memerangi kumpulan militan dan pengganas yang ditaja oleh kuasa asing sejak Mac 2011. Duta Khas PBB untuk Syria Staffan de Mistura pada Ogos lalu menganggarkan bahawa lebih daripada 400,000 orang telah terbunuh dalam krisis tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram