Jet Israel Bedil Penduduk Palestin

Jet Israel Bedil Penduduk Palestin

Seorang lelaki Palestin dilapor maut dalam serangan jet Israel di Semenanjung Gaza, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki Palestin dilapor maut dalam serangan jet Israel di Semenanjung Gaza, hari ini.

Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas tentera Zionis melancarkan tindakan keras ke atas penduduk Palestin yang berkumpul di pagar sempadan Gaza-Israel.

Tentera rejim mendakwa, lelaki terbabit cuba menghampiri pagar yang memisahkan Gaza dan wilayah yang diduduki Israel sambil membawa senjata.

Namun, pihak tentera enggan memberikan butiran lanjut mengenai jenis senjata yang dibawa lelaki tersebut.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kejadian itu, sambil menambah mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Shifa di Gaza City.

Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti.

Pertempuran yang berlaku berhampiran sempadan Gaza Jumaat lalu turut menyebabkan lebih 1,000 cedera dengan sebahagian besarnya terkena tembakan manakala bakinya cedera akibat ditembak dengan peluru getah serta terhidu gas pemedih mata. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky