Jordan Hapuskan Subsidi Roti Pita

Jordan Hapuskan Subsidi Roti Pita

Jordan semalam menamatkan pemberian subsidi roti pita yang menjadi makanan ruji rakyat negara ini berkuatkuasa hari ini, langkah pertama yang dibuat sejak lebih dua dekad dalam usaha mengurangkan beban bajet negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jordan semalam menamatkan pemberian subsidi roti pita yang menjadi makanan ruji rakyat negara ini berkuatkuasa hari ini, langkah pertama yang dibuat sejak lebih dua dekad dalam usaha mengurangkan beban bajet negara.

Al Jazeera melaporkan, harga sekilogram roti pita putih dinaikkan kepada 60 peratus atau bersamaan 40 sen dinar Jordan (RM2.18) berbanding 25 sen dinar (RM1.36) sebelum ini ketika roti pita bersaiz besar meningkat dua kali ganda.

Bagaimanapun, harga bagi beberapa roti lain yang banyak digunakan golongan pertengahan Jordan tidak terjejas dengan langkah tersebut.

Kerajaan menggunakan satu mekanisme bagi mengimbangi kesan kepada golongan miskin dengan menyalurkan bantuan wang tunai kepada mereka.

Menteri Perdagangan Jordan, Yarub Qudah telah mengumumkan harga baharu itu pada satu sidang media yang diadakan pada 8 Januari lalu dengan menyifatkan harga terbabit akan kekal sehingga penghujung tahun ini kerana kerajaan mempunyai simpanan gandum mencukupi.

Kerajaan katanya dapat menjimatkan 50 juta dinar Jordan (RM272 juta) dalam bentuk subsidi yang bersamaan kira-kira 120 juta dinar (RM655 juta) setahun.

Yarub yang dipetik Jordan Times ketika ditanya mengenai langkah kerajaan menyalurkan wang tunai kepada golongan miskin menjelaskan, kakitangan awam yang menerima gaji rendah akan menerima subsidi wang tunai dalam gaji mereka.

Selain itu jelas Jordan Times, penduduk yang layak juga boleh mendapat bantuan dengan melayari laman sesawang kerajaan manakala mereka yang tidak mempunyai akaun bank boleh merujuk kepada bank yang dilantik kerajaan untuk mendapatkan bantuan.

Kenaikan itu adalah yang pertama sejak tahun 1996, langkah yang membangkitkan kemarahan orang ramai selepas kerajaan terpaksa untuk mematuhi syarat Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi mendapat pinjaman yang seterusnya.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram