Jururawat Palestin DIbunuh Tentera Israel

Jururawat Palestin DIbunuh Tentera Israel

Seorang jururawat muda Palestin terbunuh ketika pasukan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-pendudukan berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza dan wilayah yang diduduki rejim Zionis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang jururawat muda Palestin terbunuh ketika pasukan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-pendudukan berhampiran sempadan antara Semenanjung Gaza dan wilayah yang diduduki rejim Zionis.

Sumber perubatan Palestin berkata, Razan Ashraf al-Najjar yang berusia 21 tahun sedang merawat para penunjuk perasaan Palestin yang cedera timur Khan Yunis, yang terletak kira-kira 25 kilometer (15 batu) di selatan Bandar Gaza, ketika pasukan Israel melepaskan tembakan rambang yang membunuhnya, lapor agensi berbahasa Arab Palestin al-Yawm.

Najjar mengalami kecederaan kritikal yang menyebabkan dia meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya 120 orang Palestin telah dibunuh oleh pasukan Israel sejak tunjuk perasaan yang membawa mesej "Great March of Return" bermula di Semenanjung Gaza pada 30 Mac lalu, Empat belas di antara mangsa dilaporkan sebagai kanak-kanak.

Kira-kira 13,300 warga Palestin juga mengalami kecederaan akibat daripada tindakan ganas rejim Zionis di mana 300 daripada mereka dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky