Jutawan Arab Saudi Dibebaskan

Jutawan Arab Saudi Dibebaskan

Jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal telah dibebaskan selepas ditahan lebih dua bulan di bawah kempen antirasuah besar-besaran di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal telah dibebaskan selepas ditahan lebih dua bulan di bawah kempen antirasuah besar-besaran di negara itu.

Sumber keluarganya mengesahkan salah seorang individu terkaya di dunia itu telah pulang ke kediamannya.

Terdahulu, menerusi temu bual eksklusif bersama Reuters di suite Hotel Ritz-Carlton, Putera al-Waleed yang mempunyai kepentingan dalam Citigroup dan Twitter itu memaklumkan beliau akan dibebaskan selepas 'perbincangan' dengan kerajaan.

“Tiada sebarang dakwaan dikenakan. Ia hanya perbincangan biasa antara saya dan kerajaan. Saya percaya kami kini berada di ambang penyelesaian,” ujarnya dalam wawancara pertama sejak penahanannya pada November lalu.

Sebelum ini, Putera al-Waleed yang mempunyai kepentingan dalam Citigroup dan Twitter itu berdepan beberapa tuduhan termasuk pengubahan wang haram, rasuah serta memeras ugut pegawai. – Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky