Kami Berjaya Tangkis Ancaman Besar Ke Atas Keamanan Yaman: Houthi

  • News Code : 871020
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Gerakan Ansarullah Houthi, Abdul-Malik al-Houthi berkata bahawa kumpulannya berjaya menangkis sebuah ancaman besar kepada keselamatan negara Yaman dengan mengalahkan sebuah plot yang dirancang oleh bekas Presiden, Ali Abdullah Salleh dan pasukan yang setia kepadanya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Gerakan Ansarullah Houthi, Abdul-Malik al-Houthi berkata bahawa kumpulannya berjaya menangkis sebuah ancaman besar kepada keselamatan negara Yaman dengan mengalahkan sebuah plot yang dirancang oleh bekas Presiden, Ali Abdullah Salleh dan pasukan yang setia kepadanya.

Beliau menambah dengan mengatakan bahawa di sebalik dakwaan bekas presiden itu menentang keganasan Arab Saudi, Saleh akhirnya mengubah haluannya dengan bergabung bersama pakatan Riyadh.

Houthi berkata bahawa hampir kesemua pihak terkejut dengan tindakan Saleh yang mengubah pendiriannya sambil menambah bahawa pertempuran yang tercetus di Sana'a selama beberapa hari lepas merisaukan pelbagai pihak.

Selepas Saleh menjelaskan pendiriannya berhubung konflik Yaman, Houthi berkata bahawa beliau meminta mereka untuk menghentikan tindakan jenayah dan keganasan mereka sambil meminta Saleh untuk mengubah pendirian baharunya.

"Akan tetapi mereka enggan untuk menerima permintaan kami dan meneruskan pendekatan pro-Saudi mereka yang salah dan memilih untuk menyekat jalan raya di ibu kota (Yaman)," kata Houthi.

Kementerian Dalam Negara Yemen sebelum ini mengumumkan bahawa bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh terbunuh manakala rakaman video yang menunjukkan mayat bekas pemimpin itu tular dalam media sosial.

Sementara itu, sumber di dalam General People Congress (GPC - Parti yang dipengerusikan oleh Salleh sendiri) menafikan maklumat tersebut sambil menuduh Houthi cuba menyebarkan maklumat salah. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram