Kanak-Kanak Mangsa Utama Kekejaman Israel

Kanak-Kanak Mangsa Utama Kekejaman Israel

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berkata, golongan kanak-kanak adalah mangsa utama kekejaman Israel, di tengah-tengah peningkatan keganasan dilakukan rejim Tel Aviv terhadap kira-kira 1.8 juta penduduk Palestin di wilayah Gaza yang dikepung.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berkata, golongan kanak-kanak adalah mangsa utama kekejaman Israel, di tengah-tengah peningkatan keganasan dilakukan rejim Tel Aviv terhadap kira-kira 1.8 juta penduduk Palestin di wilayah Gaza yang dikepung.

"Keganasan yang semakin meningkat di Gaza telah memburukkan lagi penderitaan kanak-kanak yang hidupnya telah menjadi sangat sukar untuk beberapa tahun," kata Pengarah Unicef Asia Barat dan Afrika Utara, Geert Cappelaere.

Tambah Cappelaere selain kecederaan fizikal, sebahagian besar kanak-kanak terbabit turut menunjukkan simptom kemurungan dan trauma yang teruk.

Mengikut angka yang diberikan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak lima minggu lalu, seramai lima kanak-kanak kehilangan nyawa dan ratusan lagi cedera semasa menyertai perhimpunan di sepanjang pagar sempadan Gaza-Israel.

Kata Cappelaere lagi, kanak-kanak bawah umur yang sepatutnya berada di sekolah, rumah dan taman permainan tidak sepatutnya menjadi sasaran muncung senjata rejim Zionis.

Bulan lalu, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra'ad al-Hussein menggesa tentera Israel supaya menghentikan penggunaan peluru hidup bagi menyuraikan penunjuk perasaan. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram