Kapal Flotilla Palestin Sertai Kempen Antarabangsa

Kapal Flotilla Palestin Sertai Kempen Antarabangsa

Kapal misi flotilla untuk menyertai kempen antarabangsa dalam usaha memecahkan kepungan haram Israel telah meninggalkan Genting Gaza, akhir minggu lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kapal misi flotilla untuk menyertai kempen antarabangsa dalam usaha memecahkan kepungan haram Israel telah meninggalkan Genting Gaza, akhir minggu lalu.

Freedom Ship 3 itu membawa pelajar Palestin dan beberapa pesakit yang memerlukan rawatan di luar wilayah tersebut yang kini berdepan kekurangan bekalan ubat-ubatan yang serius.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Great March Return dan Pecahkan Kepungan Israel, Ramdan al-Haiek berkata, perjalanan dari Gaza itu adalah 'satu mesej daripada penduduk Palestin'.

"Kami memerlukan hak asas yang disokong konvensyen antarabangsa dan masyarakat dunia. Kami terus hidup menderita akibat pendudukan Israel dan 'aktiviti' ini dilakukan secara aman," jelasnya.

Difahamkan, salah seorang penumpang Freedom Ship 3 perlu menjalani pembedahan segera selepas dia dihalang beberapa kali daripada mendapatkan rawatan.

Ahad lalu, sebuah kapal membawa bendera Norway telah dipintas tentera laut Israel dan dibawa ke pelabuhan Ashdod. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky