Keraguan Sekitar Kemampuan Saudi Ganti Minyak Iran Di Pasaran Global

Keraguan Sekitar Kemampuan Saudi Ganti Minyak Iran Di Pasaran Global

Pelbagai indikasi yang terus meningkat menunjukkan bahawa A.S tidak boleh bergantung kepada Arab Saudi untuk terlalu lama untuk menampung kekosongan yang wujud di dalam bekalan minyak antarabangsa akibat daripada bekalan minyak Iran yang hilang jika Amerika Syarikat berhasrat untuk memperkenalkan sekatan berkaitan ke atas Tehran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pelbagai indikasi yang terus meningkat menunjukkan bahawa A.S tidak boleh bergantung kepada Arab Saudi untuk terlalu lama untuk menampung kekosongan yang wujud di dalam bekalan minyak antarabangsa akibat daripada bekalan minyak Iran yang hilang jika Amerika Syarikat berhasrat untuk memperkenalkan sekatan berkaitan ke atas Tehran.

Reuters dalam satu laporan mengutip anggaran yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) sebagai menunjukkan bahawa Arab Saudi perlu mengepam jumlah tambahan minyak mereka sekurang-kurangnya 1 juta tong sehari(bpd).

Laporan itu menambah bahawa kerajaan monarki mutlak itu mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengisi kekosongan yang diakibatkan oleh sekatan berkaitan jika dikuatkuasakan ke atas Iran.

Walau bagaimanapun, badan itu memberi amaran bahawa ini akan meninggalkan pasaran global dengan kurang daripada 1 juta tong untuk memenuhi sebarang bentuk permintaan luar jangka.

"Secara praktiknya, teradapat beberapa penganalisis yang berpendapat bahawa pasaran (bahan itu) mampu bertukar menjadi lebih ketat, dengan sekatan (A.S) pada dasarnya akan menyebabkan semua kapasiti lebihan (akan terpakai) di seluruh dunia," tulis Reuters.

Ia menekankan lagi bahawa terdapat keraguan serius berhubung keupayaan Arab Saudi untuk mengekalkan pengeluaran minyaknya melebihi paras semasa buat masa panjang.

Berdasarkan anggaran IEA, Arab Saudi mampu meningkatkan pengeluaran kepada lebih daripada 12 juta tong sehari dan mengekalkannya pada tahap itu untuk tempoh yang panjang, tambah laporan itu.

Walau bagaimanapun, negara itu tidak pernah menghasilkan lebih daripada 10.42 juta tong sehari setiap tahun atau 10.63 juta tong sehari secara berterusan dalam satu bulan sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

"Mungkin kerajaan monarki itu mampu meningkatkan pengeluaran sebanyak 1.3 juta hingga 1.4 juta tong sehari iaitu melebihi apa yang pernah dihasilkan sebelum ini. Akan tetapi, pada masa ini tidak ada cara untuk kita mengetahui perkara itu dengan pasti," tambah Reuters.

Pakar juga meragui jika Arab Saudi boleh menggerakkan tenaga kerja mereka dengan cukup pantas untuk meningkatkan pengeluaran minyak kerajaan monarki itu dan dalam masa yang sama mengekalkan angka tersebut buat tempoh yang panjang.

"Pengeluaran maksima memerlukan pembukaan choke pada telaga yang sedia ada dan pengoperasian semula telaga-telaga lama," tambah Reuters. "Meningkatkan pengeluaran dengan cara ini mungkin akan menyebabkan penurunan tekanan di medan minyak yang boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada takungan terkait."

Pihak lain juga percaya bahawa masih belum jelas sama ada saluran paip, kilang pemprosesan dan terminal eksport Arab Saudi mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan angka 12 juta tong sehari kerana kadar aliran yang tinggi seperti itu tidak pernah diuji di lapangan.

Arab Saudi juga mampu meningkatkan bekalan mereka dengan menyalurkan simpanan domestik mereka kepada pasaran antarabangsa selain daripada strategi di lapangan. Akan tetapi, pelepasan simpanan domestik merupakan tindakan jangka pendek, tambah Reuters.

Jika Arab Saudi perlu menggantikan minyak Iran di pasaran global, mereka perlu meningkatkan pengeluaran dan buka kepada kaedah pelepasan stok domestik. Perkara itu memerlukan kerajaan monarki itu mengepam jumlah yang begitu banyak dan tidak pernah dicapai oleh mereka sebelum ini, lapor Reuters.

Pokoknya, sekatan ke atas Tehran akan membawa Iran, Arab Saudi dan pasaran minyak global ke dalam situasi yang tidak dapat diramal, baca laporan itu lagi.



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky